Kereta Sewa Murah

KERETA DAN MPV SEWA 2014 CALL / SMS : 013 - 4763842

Saturday, June 22, 2013

VOLUME

Belajar volume 



buy bila:
1)volume 1 lebih kecil dr volume 2 
2)range no 1 lebih besar dr no 2
3)william percent range sentuh -100

1)volume besar range besar,tandanya seller masih kukuh dan kuat.

2)volume besar tp range kecil seller mula melepaskan pegangannya..blh buy kalau cukup syarat..

3)volume lebih kecil dr volume sblmnya tp range besar..nie bermaksud big player beralih kepada buy..

kena fahami ketiga2 ni dulu,jgn terus live..ada cara memasuki pasaran spt ini..yg nie nanti kita bincang..bagi faham gambar atas tu dulu..isnin dgn jumaat nie belajar cara baca gambar diatas..

paling cantik kalau..

1)volume kecik,range besar

2)volume besar dr volume no 1 tetapi range kecik dr no 1.william percent range -100.kalau berlaku spt ini sewaktu candle no 2 masih bergerak..buy jika william percent range sentuh -100.tp pula ikut scalp sekitar 3-5pips.candle no 3 tu nanti kita belajar cara tp ikut kekuatan pasaran..

-----------------------------

Teknik VSA (volume spread analysis)
salam geng...sini saya bukak thread baru berkenaan teknik ini kerana teknik vsa ini berkait rapat dengan price action...volume difamouskan di forum ni oleh bro hafiz sebenarnya, jadi kredit untuk dia juga untuk thread ni... 

And bro Kutu_loncat gak sebab tak abih2 tanya bila nak bukak thread...ekekekek 

Untuk permulaan, biar saya translatekan dari satu artikel yang buat rumusan mengenai VSA ni...ingat ar...ni rumusan sajer...kena study mendalam lagi baru boleh masyuk... 


Apa dia Volume Spread Analysis (VSA)?
VSA digunakan untuk mencari penyebab pergerakan harga. Penyebab itu secara asasnya adalah ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan (supply and demand), yang wujud sebab aktiviti professional traders (smart money@ sm). Siapa SM ni? Dalam setiap bisnes mesti ada professional dan mereka ni buat profit dari perbezaan harga dalam apa-apa bisnes�satu contoh SM ialah syndicate traders ie orang yg trade dlm co-ordinated groups untuk accumulate (kumpul) atau distribute (edar) saham atau dalam kes forex, duit.
Atktiviti SM ni dan yang paling penting niat diorang trade ditunjukkan secara jelas dalam price charts. Kalau boleh baca dengan betul, insyaAllah kita boleh trade bersama dengan SM ni. 
VSA melihat perkaitan antara 3 variables dalam chart untuk menentukan supply and demand ni dan juga meramalkan arah market. Tiga variables ni adalah:

1: Volume ( samada satu bar atau sekumpulan bar)
2. spread harga atau jarak candlestick( high ke low) � bukan spread pair yer
3. kedudukan close cs

Dengan maklumat dari tiga perkara ni, mereka yang mahir dengan VSA boleh Nampak dimana fasa market tu sekarang�samada accumulation ( pikirkan mcm SM beli pada harga borong), mark-up, distribution (pikirkan mcm SM jual pada harga pasaran) atau mark-down. Pada mereka yang dah paham VSA, mereka akan kata yang untuk menganalisa chart tanpa volume mcm beli kereta tanpa tangki minyak�(bukan gue cakap ar, org2 yg mahir vsa cakap ar)�

Volume memang menunjukkan jumlah aktiviti yang berlaku. Dan price spread akan tunjuk pergerakan dari aktiviti tersebut. Cuma nak interpret tu yg masalah sikit�ada volume tinggi, spread rendah�.volume tinggi spread tinggi and so on�tapi anggap camni la�nak naik bukit, kita kena tekan minyak kereta skit�tapi kalau dah tekan minyak kuat2, kereta gerak sikit jer, tu menunjukkan akan ada masalah la nanti�silap2 enjin boleh meletup� (tekan minyak=volume, pergerakan kereta= price spread)

Asal VSA 

VSA adalah improvement dari pengajaran seseorang yg bernama Richard D. Wyckoff�.diupgradekan oleh Tom Williams�nak tahu lebih lanjut pasal diorang, tanyalah uncle google yer� 


Any timeframe, any pair, any market 

VSA boleh digunakan dalam mana2 market asalkan market tu boleh tunjukkan volume. Jika tiada volume sebenar, tick volume juga boleh digunakan. Bezanya volume sebenar menunjukkan berapa lot yang dijual beli, manakala tick volume menunjukkan berapa kali jual beli berlaku�so dalam satu2 pergerakan tick, mungkin ada 50 lot bertukar atau 5 lot jer�aphal pun yang penting ia menunjukkan aktiviti�

Kenapa VSA?
Setiap market asasnya adalah supply and demand. Kalau ada ramai pembeli, harga akan naik�kalau ada ramai penjual, harga akan turun�tapi sebelum orang kata �senangnya kalau begitu�, sebenarnya ada banyak lagi factor yang mempengaruhi harga sedang berjalan di belakang tabir�prinsip asas adalah betul, Cuma ada sikit tukar saja�
Untuk sesuatu uptrend tu berlaku dengan betul2, mesti tiada langsung penjualan (supply) masuk dalam market. Bila tiada supply untuk mengganggu harga naik, baru la boleh uptrend berlaku�serupa jugak utk downtrend�bila tiada demand, barulah boleh turun mcm air terjun�
Apa yang kebanyakan traders tak tahu ialah, kebanyakan SM sudah membeli pada harga yang rendah dalam peringkat accumulation�dan aktiviti membeli ni sebenarnya dinampakkan dengan down bar/s yang mempunyai volume yang tinggi. Dan actually, SM ni akan cuba go long bila bad news masuk dalam market�(terbalik pulak untuk distribution)


Contoh VSA sedang bekerja



Contoh di atas menunjukkan market sedang berada dalam mark-up sampai la ke bar 1, lihat volume yang mencanak dengan spread yang extreme tapi price close di tgh2 bar. Ini menunjukkan yang kemungkinan SM sedang menjual ( kalau SM tengah membeli, takkan price close ditgh2 bar?) Kenapa SM buat camni? Sebab SM trade dengan jumlah yang besar, mereka kena jual masa semua orang tengah membeli, especially masa good news�

Mereka yang terlatih dengan VSA akan paham yang bila volume tinggi, spread besar, tapi price close ditgh2 menunjukkan yang SM tgh buat �transfer of ownership� pada weak holders yang akan tahu tak lama kemudian yang mereka berada dalam side yang salah. (bila SM dah tak demand/beli, camner market nak naik lagi tinggi)
Bar lable 2 menunjukkan selling dari SM ke weak holder masih berlaku, dan bar label 3 mengesahkan berlakunya perpindahan dalam bar 2 tadi�

Jangan jadi yang 90% tu�(Don�t be part of the Herd)



Meh kita tgk apa yang berlaku dalam chart tadi. SM jual apa yang mereka ada pada weak holders atau HERD. SM jual dan pembelinya terkunci pada harga yang tinggi. Macamana harga nak jadi tinggi kalau SM dah tak support market?

Bila market dah turun, weak holders tadi pun selalunya akan cut loss, dan ini menambahkan penurunan harga. Bila SM nampak price dah jatuh dgn secukup rasa, mereka akan accumulate pulak (buy) dan cycle ni happens over and over again�

So VSA ni insyaAllah boleh menjawab dua soalan paling penting untuk menjayakan sesuatu trade tu... kenapa dan bila�

Nota penting:
1.Market bergerak sebab ada supply and demand
2.Untuk ada uptrend, mesti ada demand... dan supply semua dah dimusnahkan
3.Untuk ada downtrend, mesti ada supply... dan demand semua dah dimusnahkan
4.Volume tunjukkan aktiviti, spread tunjukkan pergerakan, close tunjukkan niat SM


p/s: contoh tu pakai bar chart...nak tengok close, tgk horizontal line (line melintang) kat kanan...

p/s2: SM takder kaitan hidup atau mati dengan SM Salim...eheheeh...

Accumulation and Distribution
SM memang bijak untuk tentukan market mana nak trade. Kalau diorang putuskan nak market ni atau market tu, mereka akan trade dgn bersungguh2. Mereka akan plan, dan laksanakan plan tu dgn military precision...

Accumulation

Di mana SM akan mengumpulkan sebanyak mungkin tanpa menaikkan harga sampai mengganggu aktiviti membeli mereka...(diorang taknak beli pada harga tinggi, so kalau letak sekaligus duit diowang, market akan mencanak dalam masa terlampau cepat, diorang kumpul sikit2 sampai takder supply, then demand sendiri akan naikkan harga market) Bila takder supply, takder saper leh jual lagi untuk mengganggu uptrend (floating supply yer maksud kat sini)


Distribution

Bila SM dah nampak potential top, mereka akan let go sikit2 pegangan diowang. Selalunya perkara ini berlaku masa news yang baik, orang lain semua sibuk membeli lagi...(mana datang supply? banyaknya dari SM ni la)

Dalam peringkat awal distribution, kalau selling berlaku dengan mendadak dan cepat, SM akan stop selling dan market naik balik, then sell lagi sampai mereka dah siap pindahkan pegangan mereka pada weak traders...

1. bergantung pada mana kedudukan dan warna cs...kalau baru nak uptrend dan volume besar spread besar close atas then kemungkinan nak naik kuat...kalau berlaku masa dah uptrend, tu kemungkinan vigorous buying oleh traders selain SM, dan SM mmg suka jenis camni utk distribute...kalau nampak close tu kat tgh2 or dekat low cs, maknanya tgh distribute la tuh...

banyak lagi contoh...kena buat satu2 nanti...

2. ni relatif...kadang2 volume rendah dari dua bar sebelum tapi overall masih tinggi lagi...pada saya, kalau volume tu dua kali ganda tinggi dari sebelumnya...yg tu tarik perhatian...spread pulak kalau 2-3 kali lagi besar gak..and especially kalau real body dia 3 kali ganda besar real body sebelumnya...

aphal pun, kalau volume tu tinggi melampau, tunggu dan tgk dulu price camner...